Ramainya sayangkan Eyma♥

Facebook ♥

Beloved Visitor ♥

Kepergiannya♥



Sedetik lebih , aku diburu cabaran & dugaan ..
Aku tak tahu mengapa hari ini juga perluku hadapi segalanya ..
Kehilangan seseorang yang amatku sayangi ..
Perginya dia bagai luruhnya bunga dahagakan air ..
Senyumannya , Tawanya , mencuit hari-hariku ..
Kini , hanya tinggal kenangan kita berdua ..
Akan ku ukir diari tentang kita bersama ..

Terlalu sakit hati ini menahan rinduku padamu ..
Hati ini sebak menangis kehilanganmu ..
Entah bagaimana hari-hariku seterusnya tanpamu ..

Daripada dulu , aku ditimpa musibah seperti ini ..
Kapan bila penghujungnya akan kutemui ?

Ya Allah .. SOMBONGnya aku terhadapMu ..
INGKARnya aku terhadapMu ..
Sudah dilanda sebegini , baru hendak mencariMu ..

Ya Allah .. Dengarilah luahan hati ini ..
Sudah lama terbuku ditambah lagi berbuku ..
Kau berikanlah ku jalan yang benar ..
Kau lindungilah ku daripada tersasul ke arah yang sesat ..
Kau kuatkanlah iman ku agar tidak terhasut dengan bisikan durjana syaitan ..
Kau kuatkanlah kesabaranku untuk menghadapi kisah pahit ini ..

Mungkin bukan didunia kau beri balasan yang baik untukku ,
Semoga kau berikanlah balasan syurga untukku di akhirat kelak ..

Amin Ya Rabbal 'alamin ♥

Aku masih mampu ♥



Aku kecewa..
Aku kecil hati..
Aku menangis..
Aku menyesal..
Aku serba salah..
Aku tergamam..
Aku kaku..

Aku begitu terusik hati dengan kata-kata yang keluar daripada bibirnya..
Aku hanya mampu berdiri kaku dihadapannya..
Sambil bernanah telingaku mendengar lontaran suaranya yang nyaring lagi kasar bahasanya..
Kesabaranku masih teguh didada..
Aku tak berani mengeluarkan kata apa-apa dari bibirku..
Aku takut aku akan dipancar dengan duri yang tajam ditelingaku..
Aku sangat menghormati dia..
Begitu menghormati..

Suasana petang yang indah ini , sunyi seketika ♥
Terus aku berjalan kehadapan sambil mencapai beg yang berisi alatan memanah..

Mataku membulat sedikit..
Fikiranku serabut..
Hatiku sakit..

Cuba ku Istigfar berkali-kali..
Aku masih bisa bertahan untuk menghalang daripada air mataku mengalir..
Malangnya , aku tidak kuat , aku begitu lemah..
Air mataku terus mengalir tanpa disedari pemain yang lain..
Semangat aku terus hilang untuk meneruskan cabaran aku dalam memanah..
Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiranku..
Terlalu sakit hati ini dibuatnya..

Teresak-esak ku menangis sambil memasang siap ' bow ' memanah..
Air mataku satu demi satu jatuh ke atas beg memanahku..
Terusku hapuskan air mata ini sebelum disedari pemain yang lain..
Terus ku bergegas ke 'port' memanah yang telah ditetapkan..
Masa hanya tinggal 30 minit untuk berlatih..

Memang patut aku diberi kata-kata kasar seperti tadi..
Semoga aku dapat memunasabahkan diri agar tidak terlewat lagi seperti tadi..

Bukan kerana aku sengaja..
Benar .. Jujur .. Aku tidak bohong !
Aku tidak sengaja terlewat & aku tidak tahu bahawa ada seseorang
yang sedang menunggu aku disana..
Maafkan aku , Aku begitu memohon ampun kerana telah mengecewakanmu..

Selesai sahaja aktiviti ini ,
Aku berjalan sendirian untuk pulang ke rumah..
Perasaan yang hendak menangis ini tidak berhenti daripada tadi..
Mujurlah , rakan baikku ada disampingku sewaktu diri ini disakiti..
Begitu lega hati ini mendengar nasihat dan dorongan daripada dia..
Aku begitu bertuah mendapat anugerah seorang rakan seperti dia..

Tolong janji dengan aku , kau akan jadi rakan sehidupku hingga ke syurga..
Tiada kau , tiadalah ketenangan untuk aku..

Hari ini , Eyma telah belajar bagaimana untuk menghormati orang lebih tua ,
Bersabar menempuh cabaran , Menghargai seorang kawan ,
dan Tidak mudah putus asa dalam apa jua keadaan , kerana..

'' If you can do it , I also can do it ''

InsyaAllah , 5 February 2013 , Eyma akan gerak ke Larut Matang dan Selama
selama seminggu untuk berjuang bagi merebut JUARA dalam pertandingan memanah..
Terima kasih kepada kawan-kawan Eyma yang sudi sokong Eyma selama ni ♥

*Tak sabar nak tengok muka terbakar macam ayam separuh panggang*

♥ Thank you so much to Wan Adha Manipulation atas gambar yang sangat menarik diatas ♥
Appreciate your art , Go improve !


Luahan ♥

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Angin bertiup sayu menyapu tubuhku
Ku kedip kelopak mataku mencari ketenangan
Terlintas difikiran mengembalikan cerita lalu
Cuba ku usap dadaku berkali-kali
Bibirku membisik , '' Astagfirullah .. '' ♥

Mataku menjeling seketika terus ku dongak menghadap langit
Ku kelip mataku berkali-kali
Air mata yang bergelora di kelopak mataku habisku curahkan
Tak bisa kumenahan rasa sakitnya apabila menahan kesedihan ini ♥

Ku termenung sendirian ditemani malam yang sunyi
Sayu bisikan ketenangan memuja diriku
Langit yang gelap dipenuhi bintang-bintang yang bersinar mengubati hati yang resah ini
Alangkah indahnya ciptaan Tuhan yang Maha Esa ♥

Ku tadah telapak tanganku
Difikiranku hanya ada Dia disisiku
Hatiku mendayu-dayu meluahkan rasa hati ini kepadaNya
Kelopak mataku dibasahi air mata syahdu
Ku kerut keningku menandakan ku benar-benar memerlukanNya ♥

Sesudahku menghakis segala sisa kesedihan yang menyeksaku
Telapak tanganku menakup wajahku
Ku hembus nafas hangat ini melupakan kisah lalu
Akanku tanam sedalam-dalamnya tentang kisah pahit ini
Akanku gali sedalam-dalamnya mencoret kisah manis sebagai teman hidupku ♥

Terima kasihku♥ ucapkan kerana ,

'' Kehidupan '' telah mengajarku erti tabah dan sabar ,
'' Kehidupan '' ini telah mengajarku erti kesilapan ,
'' Kehidupan '' ini telah mengajarku erti pengajaran ,
'' Kehidupan '' ini juga telah mengajarku erti siapa itu Allah s.w.t ♥




Assalamualaikum semua ♥

Kata-kata yang agak manis tadi hanya rekaan semata-mata .
Mungkin ada serba sedikit tentang kehidupan Eyma .
Daripada situlah Eyma rasa NAK , MAHU , INGIN berkongsi tentang '' Kehidupan '' ini .
So .. Mereka diluar sana yang sedang sedih , kecewa , rasa serabut , Not In Mood .
Jom layan beberapa video yang Eyma mauuu syorkan :-

*CLICK SINI UNTUK LIHAT VIDEO*


Fake Eyma ♥ Terbaiklahhh Kakak ni !



Eyma , Kau kena tabah ! ♥

Assalamualaikum pembuka tirai pintu rahsia si hati yang kecil ini ♥


Perutku bergoncang kesakitan ..
Semakin ku bertahan , semakin lama ia sakit terus ke dadaku ..
Ya Allah , sakitnya ..
Dadaku terasa hendak sesak seperti dahulu yang pernahku alami ..
Tak sanggup aku harungi hari-hariku dengan kesakitan ini ..
Aku terlalu serabut dengan dunia pelajaran dan dunia percintaan ..
Aku perlukan seseorang yang memahami aku ..

Aku terlalu kecewa dan sangat kecewa dengan keputusan ke
Kolej yang aku idam-idamkan selama ini ..
Pernahkah ada seseorang yang memahami keadaan aku sekarang ni ???

Bukan kekecewaan itu sahaja yang menjadi topik kesedihan aku ,
masalah belajar , keluarga , orang luar dan macam-macam lagi aku kena tanggung ..
Alangkah indahnya jika kalian yang menanggung kesakitan ini ..
Aku tak sanggup ... Aku tak kuat ... Tidak cukup air mata yang mengalir dari hari ke hari ..
Hendak ditambah lagi dengan masalah yang berbagai-bagai ..

Jujur aku cakap , aku perlukan hidup dengan ketenangan ..
Sesaat pun cukuplah .. ! Aku mohon ! Hendak aku merayu kepada siapa ini ?!
Mungkin , aku kelihatan GEMBIRA di luar sana ..
Tetapi , hati ini masih penuh dengan KEPERITAN hidup yang tak mampu aku katakan ..

Aku sangat sensitif dengan perkataan '' masalah ''
Aku tahu , dalam dunia ni tak mustahil ada '' masalah '' ..
Cuma , aku terlalu pengecut untuk menghadapi masalah
sama ada besar atau kecil ..

Dari kecil , aku selalu dilanda pengalaman pahit ..
Membuatkan aku sering ketakutan , bersendirian , tidak bercakap ..
Aku tak tahu keadaan apa yang aku tidak takut ..
Sampai bila aku mahu jadi seperti ini ?

Aku perlukan ruang untuk bersendirian ..
Aku cuma ada seorang teman karib dunia akhirat yang begitu memahami aku ..
Setiap kali aku dilanda masalah , dialah yang membantu aku ..
Dialah yang pujuk aku ..
Dialah yang hiburkan aku ..

Tapi .. semua ini tak cukup untuk aku ..
Banyak perkara yang mengganggu kehidupan aku ..
Aku hanya mampu berdoa memohon jalan yang lurus dan penyelesaian ..
dan hanya mampu berzikir untuk menenangkan hati ini ..

Semoga dengan ujian ini , aku akan belajar untuk menjadi seorang yang
tabah dan kuat dalam apa jua cabaran ..
Cukuplah aku terseksa menanggung kepedihan ini seorang diri ..

Semoga tidak lama lagi , dugaan yang agak besar ini dapatku tempuhi dengan penuh kesabaran ..
Amin Ya Rabbal 'alamin ♥

Eyma seorang insan yang sangat lemah ..
Sangat-sangat lemah sehinggakan tak mampu membeban masalah sebegini ..
Eyma hanya mampu meluahkan perasaan ini di blog sahaja ..
Eyma harap , kawan-2 di luar sana sudi doakan Eyma agar
dapat selesaikan masalah peribadi Eyma dengan secepat mungkin ..

Kalutlah ada peminat ♥

Assalamualaikum ♥

Nampaknya Eyma dah punya peminat setia nihhh .. Hohoho
Setiap kali entry di-published , mesti makhluk Allah ni muncul ..
Setiap kali makhluk Allah ni muncul , mesti ada entry di-published ..

* Erk ?! Pening *

Siapalahhh yang tak kenal Si Kacak ni ..
Eyma terbuat dia jatuh cinta pulak .. *kelip sebelah mata dalam-dalam*
sampaikan ada hati juga nak masuk minang Eyma , Ewwaaahh ..
Siap buat video untuk Eyma sekali ..
Haha ♥ kan dah jadi Banggelaa ..

Lama juga kami kenal , cuma tak rapat sangat lah ..
Semenjak Eyma kenal pasal Si Kacak ni , boleh tahanlahhh ..
Boleh tahan tengok entry dia pasal Eyma !!
Terharuuuu gila tengok komen-komen depa yang kejam tu ..
Memang habislaaaa kalau jumpa Si Kacak ni ,
Eyma tonyeh perut dia 360 darjah berputak-putak terpelanting ke alok setak ..
*awat lorat aku teruk sangat ?* =,=''

Taraaaa .. !


Kacak kan .. ? Hahaha , Sila jelous .. Silalahh .. Jangan malu-malu untuk jelous ..

Tujuan entry ini dibuat , bukan semata-mata untuk men-Jelouskan korang semua ..
Haha , hanya untuk mengucapkan ribuan jutaan milion-an bilion-an trilion-an terima kasih ..
Kerana .. telah bersubahat untuk meletakkan header Eyma di Belog Kacak dia ..

Tak ku sangka , tak sampai bape minggu , view blog Eyma naik 50k dan juga follower ..
Aahh .. Sukanya ♥

Tapi takpe , Eyma pun di-paksa , di-ugut , di-bayar , di-macam-macamlahh
untuk meletak header dia di blog Eyma ..

*haha , fitnah semata-mata*

Hey kacak , relax laa .. Eyma yang rela nak letak .. pasaiiii , nak menghargai la katakan ..
Apa salahnya .. Ann an an ..
Lagipun , belog minah gedik lagi bajet cun ni nak pupus dah ..
Eyma akan terbang melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu negara rumahku
ke Kuala kangsar *jeee pun*
tak sampai 40minit dah sampai , Hahaha

Apa-apapun .. Eyma akan rindukan kawan-kawan yang tercinta ..
Special Boy Friend Eyma .. *Eceehhh, secret secret*
Mama & ayah yang tersayang and .. semua manusia yang sayangkan Eyma SAHAJA ..
Haha , nak Eyma rindu Kau ? Sayang Eyma dulu .. *Menyampah*

Sebelum saya mengakhiri forum saya hari ini yang tak berapa nak forum sangat ..
Terima kasih juga kepada N O U R I S H kerana
telah meletakkan Eyma sebagai .. tempat ke .. tigaaaa .. *sebut tiga tu perlahan sikit*
dalam contast Style Your Hijab ..
Wang tunai sebanyak RM50 jeee , dan Shawl Halfmoon 2 Layer for me ..

Cantik unnnn ? Serious Eyma SUKA GILA !!


Apa-apapun , Thanks untuk mereka yang VOTE Eyma dalam contest tu yee ..
See you all tomorrow at Taiping Centre ..
Dating dengan special boboi perennnn ♥ Sweet Daaa ..

Detik pertemuan kami ♥

Terdengar deringan jam loceng menyedarkan aku daripada dibuai mimpi
Mataku seperti diglu sehingga kering
Aku memaksa diriku untuk bangun dari lenaku
Ya Allah .. Pening sungguh kepalaku
Tak mengapa , aku terus mencapai tuala mandiku lalu masuk ke dalam bilik air
Perkara pertama yang akan aku lakukan adalah
melihat wajahku di muka cermin
Oh my , dah kata dah , mata mesti bengkak *Alaaa..Macam baru lepas nangis*


Air sejuk yang membasahi tubuhku mengingatkan aku tentang cerita pahit semalam
Aku tak tahu mengapa hati ini masih sakit walaupun masalah ini sudah selesai dibicarakan
Aku menghembus nafas beberapa kali untuk menenangkan hati ini
Lebih baik aku lupakan saja perkara semalam
Biarlah buku baru yang hadir menemani aku

Bergegas aku bersiap-siap , ewahhh .. Segak sungguh baju sekolah baharuku ini
Sambil memakai kasut sekolah , aku cuba mencapai telefon bimbitku
*Unlock*
Sedihku kembali
Tiada pesanan ringkas ucapan selamat pagi buatku hari ini
Aku terus mencapai beg lalu mencapai 2 batang nugget ketam kesukaanku

Semasa perjalanan ke sekolah
Ku menoleh kiri , kanan , depan & belakang , semuanya dipenuhi makhluk berbaju putih
Siapa lagi kalau bukan pelajar sekolah Menengah dan rendah
Terima kasih Mama kerana sudi menghantar anakmu ini
Aku terus mencium tangan ibuku lalu masuk ke halaman sekolah

Pejalar diwajibkan berdiri setiap kali perhimpunan pagi bermula
Perutku seperti disuntik racun
Aku cuba bertahan , tiba-2 kepalaku pening entah mengapa
Ku lihat dunia seperti bergelap seketika
Mujurlah aku menoleh kepala ke kawan baik ku dengan riaksi mukaku yang merisaukan rakanku
Lalu aku disuruh duduk kerana takut aku jatuh pengsan

Ya Allah .. Mengapa dengan hambamu ini ?
Tak mungkin kerana cerita pahit semalam aku jadi begini
Fikiran ku belum matang untung memikirkannya
Aku serabut .. Sedih .. Simpati .. Serba salah ..
Aku memohon maaf kepada KAU kerana telah mencincang hati KAU sehingga berderai

Alhamdulillah , ku bersyukur .. Kerana kau masih bisa menerimaku seadanya
Aku cuma nak ucapkan kata-2 ini kepada kau

'' Akulah bidadarimu & Kaulah syurga bagiku ''

Aku mohon satu permintaan yang benar-2 aku impikan
Tahun ini , bisakah Kau bersama keluarga kau beraya bersama kami sekeluarga ?
Sambil itu .. Kau boleh merisik aku
Aku sudah minta izin mama , mama kata .. '' Wahh , Alhamdulillah .. Datang sajalah .. ''

Aku terpaksa mengharungi hari-2 ku selama 4 tahun di Kolej Vikasional Kuala Kangsar
untuk merebut sijil DIPLOMA demi masa hadapanku
Aku tak dapat bayangkan perasaanku apabila rindu pd parent aku , kawan-2 & kau
Aku akan cuba untuk tabah dan sabar

Aku harap kau akan baca entry aku ini
Aku tak berpeluang untuk meseg kau
Aku perlukan masa untuk tenang
kerana AKULAH penyebab kau tersakiti

Maafkan aku ♥ :')
Semoga kita kekal sehingga ke syurga , Aminnn ya rabbal alamin ..

P/S : Guys .. Mungkin korang fikir aku kecil-2 dah pandai bercinta cintun .. No guys .. Aku tak salah memilih calon .. Aku tak menyesal langsung .. Memang dah terbukti , mungkin dia jodoh aku .. kerana semangat & usaha dia untuk membina sebuah karier yang berjaya .. Mungkin bulan ini aku akan gerak ke kolej .. Doakan aku tau korang ! Aku mesti rindu korang ♥

Sweet Bubyee ♥